top of page

Footage: News On Feet’s in Berita Harian

Updated: 11 Okt 2021

Feet’s galak pembabitan pekerja dalam organisasi

Pekerja di Singapura dan Malaysia adalah yang paling kurang pembabitan dalam sesebuah organisasi di Asia pada 59 peratus, berdasarkan Laporan Trend Pembabitan Pekerja Global 2018. Menyedari pembabitan pekerja adalah antara elemen penting dalam mencipta tenaga kerja yang lebih gembira dan sihat, Feets Sdn Bhd (Feet), anak syarikat teknologi sumber manusia, Ramssol Group memperkenalkan aplikasi pembabitan pekerjanya. Ini kerana pekerjaan perlu menjadi pengalaman sosial yang menyeronokkan sehingga mampu meningkatkan prestasi kerja sekali gus meningkatkan prestasi syarikat. Ketua Pegawai Eksekutif Feet, Clement Tan, berkata dalam sesebuah organisasi, kesalinghubungan antara pekerja dan pengurusan tertinggi perlu dipertingkatkan kerana ia akhirnya akan mewujudkan suasana pekerjaan yang efiksyen. Tan berkata, Feet adalah aplikasi pertama seumpamanya di Malaysia, meningkatkan pembabitan pekerja menerusi penggabungan, komunikasi dan analisis. “Kami optimis aplikasi sumber manusia itu mampu membantu organisasi memupuk peningkatan prestasi pekerjaan. “Bukan rahsia lagi pekerja yang gembira dengan persekitaran dan berpengalaman adalah pekerja yang lebih produktif serta setia. Dengan Feet, sumber manusia boleh memantau secara berterusan jika pekerja terbabit atau terlepas dan mengenal pasti campur tangan yang sesuai,” katanya. Pembangunan aplikasi Feet menghubungkan pengalaman dan penyelidikan dengan pelanggan. Tan berkata, bagi memberikan lebih fungsi kepada aplikasi itu, pihaknya bekerjasama dengan Universiti Malaysia untuk menggabungkan kecerdasan buatan (AI) yang akan merumuskan soalan maklum balas yang bersesuaian. Ciri Unik Aplikasi Maklum balas dan analisis mendalam itu katanya akan membantu pengurusan memulakan perbincangan yang lebih berimpak tinggi dengan kakitangan, memberi sumber motivasi baharu dan mewujudkan budaya pertumbuhan. Ciri unik aplikasi Feet adalah memberikan interaksi harian, merapatkan hubungan melalui kumpulan makan dengan memberikan maklumat lokasi restoran dan rakan yang akan pergi ke lokasi sama yang berdekatan. “Melalui cara ini, kita boleh bersosial walaupun ketika waktu rehat tengah hari kerana ia akan memberikan pilihan lokasi restoran yang berdekatan dan rakan sekerja yang pergi ke lokasi sama. “Juga terdapat fungsi forum bagi mencetuskan perbincangan dan kerjasama, kotak cadangan yang membenarkan autonomi idea dan pengundian oleh ahli, kuiz mingguan yang disokong oleh penyelidikan, psikologi positif dan AI. “Paling menarik adalah interaksi serta percambahan idea antara pekerja pada akhirnya akan diberikan ganjaran yang boleh ditebus semula pada rangkaian pilihan rakan kongsi kami. Inisiatif ini bagi menggalakkan pekerja meningkatkan produktiviti dan komunikasi serta idea mereka,” katanya.

25 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentários

Não foi possível carregar comentários
Parece que houve um problema técnico. Tente reconectar ou atualizar a página.
bottom of page